Sunday 30 June 2013

majlis kesyukuran+pelepas niat



Assalamualaikum..
ni gambar sekitar majlis kesyukuran di kajang.. :)

ustaz saiful :P

Datin

sabri

mak buyung yg nak selalu kurus..

:)


zara..suka bersalam dgn org..

 syarifah syafiqah


business people..always talk using business method.. me? confusing.. cuz..my soul wanna teaching!



zara


2 side makanan.. overall boleh tahan..tapi nasi mybe dah lama masak.. masa mgrib tu.. nasi dah basi.. agak2,diorang masak nasi pukul brapa?


sekitar majlis..
xramai lg yg datang..


ni bukan sape tiru sape yer.. ni spontan..bila turn aku nk makan nih.. ==''


mak buyung+mak anak 6

cheku & liza

:)
done!~

Kelebihan Ramadhan



assalamualaikum..
alhamdulillah..bulan ramadhan kembali bertemu kita,,
9 hari lagi..
saat duk di perantauan..
hati betol-betol galau..
berbuka sorang2,sahur sorang2..
tapi itulah cabaran..

naj rindu kenangan masa kecil-kecil..
bangun sahur,berbuka puasa.. :)
yang tang tu..naj cerita d lain entry ok.. :)


pastikan ramadhan kalini, kita dapat tingkatkan ibadah kita, bc qalam Allah.. :)
jgn nak excited dgn raya sangat..
frankly speaking.. bila dah besar panjang ni.. 
naj xbegitu excitedd nak bertemu raya.. kenapa??
kadang-kadang fikir.. tahun depan...adakah kita akan berjumpa dengan bulan ramadhan lagi?
insyallah.. moga Allah memanjangkan usia kita semua.
amin.. :)

kat sini.. naj nk ceritakan sedikit tentang bulan ramadhan ni..
moga2 ini jua menjadi satu ibadah buat naj..
kita kongsikan kepada semua.. :)




KELEBIHAN RAMADHAN





Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.







1. Abu Hurairah menyatakan :



Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :



Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.



-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-







2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :



Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.





- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-







3. Abu Hurairah telah berkata :



Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud :



Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.



- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-







4. Daripada Abu Hurairah telah berkata:



Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :



Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan :



Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).



Telah berkata Abu Hurairah :



Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya:



Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?



Baginda S.A.W bersabda :



Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)



.-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-







5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:



Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :



Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata :



Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.



-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-







PENERANGAN HADIS





1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.





2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.





3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.





4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.





5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.





6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.





7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.





8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.





9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.





10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.





11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.



Ramadhan- Maher Zain

:)

XOXOXO

Friday 28 June 2013

mental breakdown



harini naj p timbang berat badan..
ok..
mental breakdown..
ini serious..

why??
demotivated..
apeee yang aku makan ni??
sampai naik?
 =.=''
celah mane yg naik?? 

harap2 laaa dgn sikap cintakan kuliah..
selalu buat aku berjalan p kelas..boleh menurunkan berat badan.. 
uishhh..

harap2 boleh kurus balik..
nak turunkan 5 kg!!!


ni bahana kutuk tunang sendiri..cakap dia besar badak la ape lah..
alih2 kat diri sendiri pulak..
sesungguhnya..balasan Allah itu pasti,.
INSAF!!~. --''

ni..gambar sbb ade angin bersepoi2 bahasa..jubah besar..
xpe..nanti..harap2..boleh kurus balik..
arghhh!!~~


ok..efek kamera sangat kuat..
xmampu nak memutihkan..haha..
dulu2 cita2 nak ade pakweeee putihh..
haha..
last2.. dapat tunang sedang2 hangat~..
 ==''

bila aku stressssssss..
macam2 merapu~
dgn stress cmni,,
lagu kiyomi xmampu nk menceriakan jiwaaa..hahaha


Tuesday 25 June 2013

kiyomi~



assalamualaikum..
haha..
mesti rasa annoy dgn lagu blog naj kan..
dah lapuk??
xpe..kita sama2 dengar..


wahaha..
bye!

Monday 17 June 2013

Daddy~



assalamualaikum..


 :) 
absolutely right?

for me..
i dun have any special day for my family..
except birthday and anniversary.. :)

and.. 
i love my family so much..


Saturday 15 June 2013

Pesanan Ustaz Don~



Assalamualaikum..

3 Tips kekalkan Hubungan Cinta Bersama Pasangan Anda (Suami Isteri)

1. TIGA PERKATAAN AJAIB

Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai.

I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban
hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA

Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu
menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. JANGAN TERLALU ROMANTIS

Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..



kalini post agak ceeettt skit.. nak kawin lambat lagi..tapi kebetulan plak..masa NAJ bukak fb..tgk ustaz don update statusss cmni~ :) terus NAJ kopi n pasta.. :) 
hehe..
kopi n pasta xboleh dipisahkan.. but im not coffee lovers like others~


hug n kisses..
from NAJ~

Quotes 5



sometimes,. quotes..
make u so much stronger than before~~>.
for me.. quotes like antibiotics~.. :)

don't feel bored with my quotess~..
enjoy!!








im not too good in saying goodbye..
so..
hug n kisses oll~ :)
with love..

Quotes 4




but Allah with me always..
make my day..
make me stronger..
and alhamdulillah..
until now..
im still breathing..
He gives me all of this..
cuz..
He already have better plan for me.. 
im waiting..full with patient, du'a~
aminnn...

Sunday 2 June 2013

Quotes 3











time to make cocktail!!~
hehehe..
esok fly pergi kuantan..then..shah alam..
so busy...
for this week~
btw~im artis now~hahaha